Nak pasang CCTV ni kena fikir betul-betul, kena bijak memilih. Sebelum pasang fikir dulu camera cctv apa paling sesuai dengan kita. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, banyak gila produk wired dan wireless cctv mula muncul di pasaran online. Baik, saya dengan industri CCTV ni dah lebih kurang hampir 10 tahun. Saya masak sangat dengan perangai CCTV ni. Dari A to Z semua boleh hafal masalah dia. Manusia ni memang ada sifat perfectionist, bila nak pasang cctv mesti pilih paling best dan harga paling murah kan? hehehe.. Ramai orang PM saya, cctv apa yang best? wireless cctv ka? wired cctv ka? OK jom kita kupas... Apa beza wired dengan wireless cctv?? ha cuba tengok gambar di bawah: Wired camera ada banyak gila parts, mula dari camera, Digital Video Recorder (DVR), Hard Disk (HDD), power supply, Cable, monitor, mouse dll.. Bila banyak parts diperlukan, lagi tinggi risiko sistem cctv itu akan gagal sebab kalau salah satu part rosak, keseluruhan sistem tak boleh nak berfungsi dengan sempurna. Berbanding dengan wireless cctv, dia cuma ada camera dan memory card sahaja untuk record dan semua rakaman boleh tengok live/playback di dalam handphone, laptop, pc dan tab. HOME SECURITY AT YOUR FINGERTIPSReceive intelligent security alerts Don't have time to watch lengthy security footage? The YI Home Camera App sends instant activity alerts to your phone with our motion detection technology. NEVER MISS A BIRTHDAY WITH YOUR LOVED ONETwo-way Audio allows you to always be with your family 1280X720P HD RESOLUTION, 111° WIDE-ANGLE LENSWith HD resolution (1280x720) and 111° wide-angle lens, the camera provides complete coverage in high-definition. With a simple tap, you can zoom (up to 4x) and see the smallest details.
0 Comments
CCTV tanpa wayar (kamera litar tertutup) adalah kamera keselamatan yang berfungsi dengan menghantar isyarat video dan audio ke penerima menggunakan gelombang radio frekuensi tinggi. CCTV tanpa wayar semakin diminati sejak kebelakangan ini namun ada yang beranggapan CCTV ini tidak melibatkan apa-apa kabel/wayar (zero wayar). Adakah ia benar??
Salah tu ya Tuan-Tuan & Puan-Puan Semua CCTV memerlukan sumber tenaga (power). Malah kamera CCTV tanpa wayar juga memerlukan tenaga untuk kita mengaktifkannya. Cuma, CCTV tanpa wayar tidak menggunakan kabel yang banyak dan panjang untuk disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR). DVR adalah tempat simpanan recording untuk camera jenis wired. Wireless CCTV lebih mudah untuk dipasang. Wireless CCTV hanya memerlukan power & SD card/ Memory card untuk menyimpan recording, dan SD Card akan dimasukkan kedalam setiap camera. Dengan adanya Wifi connection boleh terus view di phone hanya dengan mendownload aplikasi CCTV. Jimat space kan? Tak perlu kita nak sediakan tempat letak Decorder, nak sediakan monitor, nak tengok wayar-wayar berselirat belakang decorder lagi. Terdapat dua jenis wireless CCTV, yang pertama menggunakan sumber tenaga (power), bagi pelanggan yang tidak mahu rumah/premis mereka nampak casing/pipe mereka boleh mengupah wireman untuk tarik cable power ke point dimana CCTV camera akan dipasang/diletak. Kerana kebiasannya installer CCTV tidak melakukan kerja-kerja meng”hacking” dinding/siling. Yang kedua adalah CCTV menggunakan solar, CCTV yang menggunakan solar adalah CCTV yang mempunyai battery dan battery tersebut boleh di charge semula (rechargeable battery) ia juga disebut sebagai 100% Wire-Free Battery Powered, or Solar Powered Security Camera. Camera jenis solar ni kebiasaannya diletakkan ditempat yang tiada bekalan elektrik (power), contoh seperti kebun, ladang, kandang haiwan, atas bumbung, construction site dan lain-lain. Ketahanan battery untuk camera jenis solar ini boleh tahan hingga 2-3 minggu sekali charge Jom dapatkan wirelesscctv mampu milik, hubungi kami disini Mungkin anda tidak pasti dalam menentukan lokasi terbaik untuk kamera CCTV di rumah Anda? Berikut adalah 6 lokasi CCTV terbaik untuk agar rumah anda tetap selamat dari gangguan yang mungkin muncul.
✓ PINTU DEPAN Diperkirakan 34% pencuri masuk ke rumah melalui pintu depan, sehingga Anda pasti ingin memasang salah satu kamera CCTV Anda di situ. Untuk mencegah pencuri cepat melumpuhkan kamera CCTV Anda, lokasi CCTV terbaik adalah dengan memasangnya di bawah lantai balkoni (jika rumah dua tingakt) yang mengahala terus ke pintu depan. Jika rumah Anda hanya memiliki satu tingkat saja, pertimbangkan memasang pelindung tambahan untuk melindunginya dari lemparan batu, tongkat, atau senjata lainnya oleh perompak/pencuri. ✓ PINTU BELAKANG / PINTU SISI Data menunjukkan sekitar 22% pencuri masuk melalui pintu belakang dan Anda perlu meletakkan CCTV di sini. Kata lain nya, pasang CCTV di setiap pintu masuk. Juga upayakan untuk menempatkan kamera Anda jauh dari jangkauan tangan atau dengan meletakkan pelindung agar ia tidak mudah dicapai atau di baling batu/di penggal. Untuk CCTV outdoor anda perlu memilih CCTV yang tahan cuaca (weatherpoof camera) yang dilengkapi dengan infrared dan night vision. ✓ TINGKAP YANG TERSELINDUNG Pencuri sering masuk rumah dengan membuka/memecah tingkap sisi atau belakang, kerana kebiasaannya tingkap sisi dan belakang agak tersembunyi dan sukar diperhatikan oleh jiran-jiran. Dengan memilih tingkap yang tidak kelihatan dari jalan akan memperkecil kemungkinan mereka terlihat dan memberi banyak waktu bagi mereka untuk menjalankan aktiviti mereka. Tempatkan kamera pada setiap area di rumah Anda yang terdapat tingkap yang tidak dapat dilihat dari jalan. ✓ HALAMAN BELAKANG / PAGAR BELAKANG Halaman belakang rumah Anda juga perlu dipasang CCTV lengkap dengan Motion Sensor, Night Vision untuk melindungi rumah dan barang-barang Anda. Jika halaman belakang rumah Anda dipagari, pastikan kamera menghala terus ke pagar masuk tersebut. ✓ BASEMENT, SYILING DAN TANGGA Banyak ruang bawah tanah/syiling dan tangga yang memiliki akses ke pintu atau tingkap kecil yang cukup besar untuk merangkak. Dengan menempatkan kamera di tangga yang menghala ke ruang bawah tanah maka anda dapat mmerakam aktiviti pencuri yang menyelinap masuk ke dalam rumah Anda melalui ruangan sempit seperti ini. ✓ GARAJ/PORCH/BALKONI Pemasangan CCTV Kamera pada garaj harus mampu mengcover jalan masuk dan bahagian dalam garaj. Di balkoni juga perlukan CCTV kerana kebiasaannya rumah yang mempunyai balkoni depan dan belakang lebih memudahkan pencuri untuk masuk ke dalam rumah. Nak dapatkan perlindungan terbaik kediaman anda, insyaallah wirelesscctv boleh bantu anda Pemasangan CCTV di rumah pada zaman sekarang sudah menjadi seperti satu keperluan, ramai yang mula mendapatkan kamera litar tertutup untuk mengawasi persekitaran daripada ancaman luar seperti pecah dan samun. Malah salah seorang 'customer' kami juga bertekad memasang cctv setelah kediamannya dipecah masuk. Di Hafiz Security & Services, kami telah membuat pemasangan kepada lebih dari 100 buah kediaman, sama ada rumah teres, kondo, banglo sehingga ke perumahan awam. Kami memastikan cctv yang dipasang mengikut piawaian yang betul dan kami berikan warranty sehingga 12 bulan. Alhamdulillah, terdapat ramai di antara 'customer' kami yang 'repeat' pasang cctv di kediaman mereka. Anda boleh dapatkan sebut harga secara percuma di sini.
Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi terbaru kami, boleh juga terus ke laman facebook kami di sini. Sebelum membuat pemasangan cctv, ketahui ciri-ciri pemilihan cctv yang baik. 1. kUALITI vs modalKebanyakan pelanggan lebih mementingkan harga berbanding kualti kamera itu sendiri. Harga cctv bergantug kepada kulaiti dan fungsinya. Anda perlu membuat pilihan yang tepat untuk mengenal pasti kualiti dan fungsi cctv yang anda pilih, kerana kebiasaanya pelanggan lebih memilih kos yang rendah. Oleh itu, kualiti cctv perlu dilihat dan dikaji dari sudut resolusi (HD /Full HD), kejelasan gambar dan video, penglihatan malam, audio, pengesan pergerakan dan sebagainya. 2. penggunaan cctv indoor atau outdoorTeknologi yang canggih pada masa kini telah mengeluarkan pelbagai jenis dan fungsi cctv. Terdapat beberapa jenis penggunaan cctv seperti dalaman (indoor), luaran (outdoor) dan kedua-duanya (indoor/outdoor). Penggunaan cctv dalaman (indoor) adalah lebih terlindung seperti dalam rumah atau bangunan di mana kawasan yang tidak terdedah oleh hujan dan panas. CCTV kegunaan luaran (outdoor) merupakan cctv yang tahan hujan dan panas serta kos nya lebih tinggi berbanding cctv dalaman (indoor). Ini kerana, cctv jenis luaran dilengkapi dengan IP66 iaitu tahan cuaca (weatherproof). Terdapat juga cctv yang boleh digunakan untuk luaran dan dalaman (indoor & outdoor). CCTV jenis ini adalah lebih canggih berbanding cctv yang lain. CCTV jenis ini memiliki bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery) dan digunakan bersama solar panel. 3. Wayar atau tanpa wayarTerdapat 2 jenis cctv iaitu berwayar (wired) dan tanpa wayar (wireless). CCTV berwayar kebiasaanya di pasang di bangunan yang besar dan bertingkat seperti bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan sebagainya. Ini kerana, bangunan-bangunan besar ini memerlukan pengunaan kabel yang banyak dan perakam video (DVR) yang mampu menyimpan storan yang tinggi. Pemasangannya juga mengambil masa yang lama dan agak rumit. Cctv tanpa wayar (wireless) lebih mudah dipasang berbanding cctv berwayar, pemasangannya juga tidak mengambil masa yang lama kerana penggunaan kabel yang kurang. CCTV jenis ini kebiasaanya dipasang di rumah, pejabat, klinik dan sebagainya. CCTV berwayar lebih mudah untuk dikawal. Hal ini kerana, cctv ini menyokong pengunaan Wi-Fi atau internet yang membolehkan gambar serta video dapat dilihat melalui telefon. 4. gambar dan videoPemilihan cctv yang mempunyai resolusi yang baik amatlah penting untuk mendapatkan gambar dan video yang lebih jelas. Hal ini kerana, ia boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya berlaku sesuatu kemalangan. Bagi mendapatkan gambar dan video yang terang lagi jelas, pemilihan cctv hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 1MP atau 720p di mana gambar dan video boleh dilihat secara HD. 5. kedudukan cctvKedudukan cctv bergantung kepada keinginan pelanggan, tetapi bagi mendapatkan pandangan yang luas, penetapan kedudukan cctv juga perlu diambil kira. Kebiasaanya cctv akan dipasang di bahagian sudut bangunan bagi mendapatkan luas pandangan yang memuaskan. Selain itu, cctv juga boleh dipasang secara terang- terangan atau sembunyi (hide), ia bergantung kepada pemilihan pelanggan. 6. Penglihatan malamPenglihatan malam (night vision) sangat penting bagi mendapatkan imej yang jelas pada waktu malam.
CCTV yang memiliki fungsi pengesan pergerakan (motion detector) juga penting untuk anda yang menginginkan pengawasan yang lebih pada waktu malam. Ini kerana, cctv akan terus merekod video sekiranya pergerakan dikesan. Terdapat 2 jenis cctv tanpa wayar yang biasa kami gunakan. Iaitu cctv berjenama reolink dan ezviz. reolinkTerdapat beberapa jenis cctv berjenama reolink yang kami gunakan. Antaranya ialah, reolink argus 2, reolink argus eco, reolink go dan reolink argus PT. Reolink merupakan cctv yang canggih dan berkualiti tinggi. Ia menawarkan pilihan jalur (band) 2.4 GHz dan 5GHz. Selain itu, ia sesuai untuk kegunaan dalaman dan luaran (indoor & outdoor). reolink argus 2~ Full HD (1080p) ~ 100% bebas wayar ~ Bateri boleh dicas semula ~ Penglihatan malam (10 meter) ~ Pengesanan gerakan ~ Audio 2 hala ~ Sudut pandangan 130° ~ Pemberitahuan (notification) bateri lemah REOLINK Argus ECO~ Full HD (1080P) ~ Bebas wayar melalui WiFi ~ Bateri boleh dicas semula ~ Tahan cuaca (IP65) ~ Penglihatan malam (10 meter) ~ Audio 2 hala ~ Sudut pandangan 100° ~ Pemberitahuan (notification) bateri lemah Reolink go~ Full HD (1080p) ~ 100% bebas wayar ~ Bateri boleh dicas semula ~ Tahan cuaca (IP65) ~ Penglihatan malam (10 meter) ~ Audio 2 hala ~ Sudut pandangan 110° ~ Pemberitahuan (notification) bateri lemah reolink argus pt~ Full HD (1080P)
~ Bebas wayar melalui WiFi ~ Bateri boleh dicas semula ~ Tahan cuaca (IP65) ~ Penglihatan malam (10 meter) ~ Audio 2 hala ~ Sudut pandangan 105° ~ Sudut pandangan boleh dikawal (berpusing pada horizontal 355° dan 140° vertikal) ~ Pemberitahuan (notification) bateri lemah EZVIZCCTV jenama EZVIZ terdapat beberapa jenis iaitu jenis dalaman (indoor), dalaman (outdoor), kamera 360 darjah (internet PT camera) dan 100% bebas wayar (menggunakan solar panel dan rechargeable battery) KAMERA JENIS DALAMAN (INDOOR) |
AuthorAdmin Hss (Hafiz Security & Services) Archives
January 2021
Categories |