Pakar Pemasangan Wireless CCTV Malaysia
  • UTAMA
  • Blog
  • Gambar & Video
  • Testimoni
  • HUBUNGI KAMI

ALL ABOUT WIRELESS CCTV

kelebihan PemasangAN cctv

2/27/2020

0 Comments

 
Picture
1. MENGURANGKAN JENAYAH
Kejadian jenayah sering berlaku tanpa kita duga, terutamanya di kawasan yang tiada pengawalan dan sunyi. Hal ini boleh menjejaskan keselamatan orang awam, selain itu ia telah melibatkan beberapa jenayah seperti rompakan, ragut, culik, pembunuhan dan sebagainya. Lebih malang apabila penjenayah tersebut tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu, dengan memasang kamera litar tertutup atau CCTV, dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, kerana tindakan awal dapat diambil sebaik sahaja kamera CCTV mengesan pergerakan atau merakam situasi tersebut, serta dapat membantu pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
Picture
2. KERJA PEMANTAUAN LEBIH MUDAH & SELAMAT
Kamera litar tertutup atau CCTV merupakan alternatif terbaik sebagai 'pemerhati' keadaan sekeliling. Dengan adanya bantuan alarm, ia dapat memberikan maklumat kepada pemilik kediaman rumah atau premis  dengan segera sekiranya berlaku pencerobohan. Selain itu, cctv mempunyai auto switch iaitu penukaran mod siang dan malam. Pandangan pada waktu malam dapat dilihat dengan jelas dengan teknologi night mode. Maka, tiada masalah bagi pemilik rumah atau premis untuk memantau keadaan pada waktu malam.
Picture
3. MELINDUNGI HARTA BENDA DAN ANAK-ANAK
Hal yang melibatkan keselamatan anak-anak merupakan satu keutamaan bagi setiap individu, diikuti dengan barangan berharga. Sekiranya anda kerap kerja jauh dari kawasan rumah, ia akan menimbulkan kerisauan dan keraguan tentang keselamatan anak-anak serta keadaan rumah. Dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) dapat melegakan kerisauan di mana, CCTV boleh diakses ke telefon bimbit anda. Anda dapat melihat keadaan di dalam rumah walaupun anda berada jauh dari kawasan kediaman. 
Picture
4. MENGURANGKAN KOS UNTUK PENGAWALAN
Tempat-tempat seperti sekolah, bank, hospital, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sebagainya memerlukan beberapa orang pengawal atau security guard untuk memantau dan menjaga keselamatan tempat tersebut. Lebih luas kawasan di sesuatu tempat, lebih ramai pengawal yang diperlukan untuk menjaga kawasan. Kamera litar tertutup atau CCTV dapat membantu untuk melihat keadaan sekeliling. Hal ini boleh mengurangkan jumlah pengawal yang diperlukan untuk menjaga keselamatan tempat. Kos yang perlu dikeluarkan juga tidak terlalu tinggi bagi mengupah pengawal-pengawal sekiranya dapat mengurangkan bilangan pengawal . Bantuan alarm dari CCTV dapat menghantar isyarat kepada pengawal dengan lebih cepat sekiranya pengawal tidak berada di tempat kejadian.
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Admin Hss (Hafiz Security & Services)

    Archives

    January 2021
    December 2020
    May 2020
    February 2020
    March 2019

    Categories

    All

    RSS Feed

Site powered by Weebly. Managed by Domainplus.com.my
  • UTAMA
  • Blog
  • Gambar & Video
  • Testimoni
  • HUBUNGI KAMI