Pakar Pemasangan Wireless CCTV Malaysia
  • UTAMA
  • Blog
  • Gambar & Video
  • Testimoni
  • HUBUNGI KAMI

ALL ABOUT WIRELESS CCTV

Apa itu CCTV tanpa wayar?

12/29/2020

1 Comment

 
Picture
CCTV tanpa wayar (kamera litar tertutup) adalah kamera keselamatan yang berfungsi dengan menghantar isyarat video dan audio ke penerima menggunakan gelombang radio frekuensi tinggi. CCTV tanpa wayar semakin diminati sejak kebelakangan ini namun ada yang beranggapan CCTV ini tidak melibatkan apa-apa kabel/wayar (zero wayar).  Adakah ia benar??

Salah tu ya Tuan-Tuan & Puan-Puan
Semua CCTV memerlukan sumber tenaga (power). Malah kamera CCTV tanpa wayar juga memerlukan tenaga untuk kita mengaktifkannya. Cuma, CCTV tanpa wayar tidak menggunakan kabel yang banyak dan panjang untuk disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR). DVR adalah tempat simpanan recording untuk camera jenis wired.
Wireless CCTV lebih mudah untuk dipasang. Wireless CCTV hanya memerlukan power & SD card/ Memory card untuk menyimpan recording, dan SD Card akan dimasukkan kedalam setiap camera. Dengan adanya Wifi connection boleh terus view di phone hanya dengan mendownload aplikasi CCTV. Jimat space kan? Tak perlu kita nak sediakan tempat letak Decorder, nak sediakan monitor, nak tengok wayar-wayar berselirat belakang decorder lagi.
Terdapat dua jenis wireless CCTV, yang pertama menggunakan sumber tenaga (power), bagi pelanggan yang tidak mahu rumah/premis mereka nampak casing/pipe mereka boleh mengupah wireman untuk tarik cable power ke point dimana CCTV camera akan dipasang/diletak. Kerana kebiasannya installer CCTV tidak melakukan kerja-kerja meng”hacking” dinding/siling.
Yang kedua adalah CCTV menggunakan solar, CCTV yang menggunakan solar adalah CCTV yang mempunyai battery dan battery tersebut boleh di charge semula (rechargeable battery) ia juga disebut sebagai 100% Wire-Free Battery Powered, or Solar Powered Security Camera. Camera jenis solar ni kebiasaannya diletakkan ditempat yang tiada bekalan elektrik (power), contoh seperti kebun, ladang, kandang haiwan, atas bumbung, construction site dan lain-lain. Ketahanan battery untuk camera jenis solar ini boleh tahan hingga 2-3 minggu sekali charge


Jom dapatkan wirelesscctv mampu milik, hubungi kami disini

1 Comment
Fahmi Johari link
11/14/2021 11:58:09 am

Hi.Ini pendapat kecil saya.WIRELESS CCTV mmg satu sistem yg mudah & tidak melibatkan banyak kerja pengkabelan selain dari kabel kuasa utk kamera.Bagi kami, tidak mampu bertahan lama seperti wired system.Setakat ini jenama wireless cctv yg reliable yg kami pasang (jika ada permintaan yg bersungguh-sungguh dari klien) adalah dari jenama EZVIZ.Namun sistem wired adalah yg terbaik buat masa ini.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    Admin Hss (Hafiz Security & Services)

    Archives

    January 2021
    December 2020
    May 2020
    February 2020
    March 2019

    Categories

    All

    RSS Feed

Site powered by Weebly. Managed by Domainplus.com.my
  • UTAMA
  • Blog
  • Gambar & Video
  • Testimoni
  • HUBUNGI KAMI