Pakar Pemasangan Wireless CCTV Malaysia
  • UTAMA
  • Blog
  • Gambar & Video
  • Testimoni
  • HUBUNGI KAMI

ALL ABOUT WIRELESS CCTV

Apa itu CCTV tanpa wayar?

12/29/2020

1 Comment

 
Picture
CCTV tanpa wayar (kamera litar tertutup) adalah kamera keselamatan yang berfungsi dengan menghantar isyarat video dan audio ke penerima menggunakan gelombang radio frekuensi tinggi. CCTV tanpa wayar semakin diminati sejak kebelakangan ini namun ada yang beranggapan CCTV ini tidak melibatkan apa-apa kabel/wayar (zero wayar).  Adakah ia benar??

Salah tu ya Tuan-Tuan & Puan-Puan
Semua CCTV memerlukan sumber tenaga (power). Malah kamera CCTV tanpa wayar juga memerlukan tenaga untuk kita mengaktifkannya. Cuma, CCTV tanpa wayar tidak menggunakan kabel yang banyak dan panjang untuk disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR). DVR adalah tempat simpanan recording untuk camera jenis wired.
Wireless CCTV lebih mudah untuk dipasang. Wireless CCTV hanya memerlukan power & SD card/ Memory card untuk menyimpan recording, dan SD Card akan dimasukkan kedalam setiap camera. Dengan adanya Wifi connection boleh terus view di phone hanya dengan mendownload aplikasi CCTV. Jimat space kan? Tak perlu kita nak sediakan tempat letak Decorder, nak sediakan monitor, nak tengok wayar-wayar berselirat belakang decorder lagi.
Terdapat dua jenis wireless CCTV, yang pertama menggunakan sumber tenaga (power), bagi pelanggan yang tidak mahu rumah/premis mereka nampak casing/pipe mereka boleh mengupah wireman untuk tarik cable power ke point dimana CCTV camera akan dipasang/diletak. Kerana kebiasannya installer CCTV tidak melakukan kerja-kerja meng”hacking” dinding/siling.
Yang kedua adalah CCTV menggunakan solar, CCTV yang menggunakan solar adalah CCTV yang mempunyai battery dan battery tersebut boleh di charge semula (rechargeable battery) ia juga disebut sebagai 100% Wire-Free Battery Powered, or Solar Powered Security Camera. Camera jenis solar ni kebiasaannya diletakkan ditempat yang tiada bekalan elektrik (power), contoh seperti kebun, ladang, kandang haiwan, atas bumbung, construction site dan lain-lain. Ketahanan battery untuk camera jenis solar ini boleh tahan hingga 2-3 minggu sekali charge


Jom dapatkan wirelesscctv mampu milik, hubungi kami disini

1 Comment

6 LOKASI CCTV TERBAIK DI RUMAH ANDA

12/29/2020

2 Comments

 
Picture
Mungkin anda tidak pasti dalam menentukan lokasi terbaik untuk kamera CCTV di rumah Anda? Berikut adalah 6 lokasi CCTV terbaik untuk agar rumah anda tetap selamat dari gangguan yang mungkin muncul.

✓ PINTU DEPAN

Diperkirakan 34% pencuri masuk ke rumah melalui pintu depan, sehingga Anda pasti ingin memasang salah satu kamera CCTV Anda di situ. Untuk mencegah pencuri cepat melumpuhkan kamera CCTV Anda, lokasi CCTV terbaik adalah dengan memasangnya di bawah lantai balkoni (jika rumah dua tingakt) yang mengahala terus ke pintu depan. Jika rumah Anda hanya memiliki satu tingkat saja, pertimbangkan memasang pelindung tambahan untuk melindunginya dari lemparan batu, tongkat, atau senjata lainnya oleh perompak/pencuri.

✓ PINTU BELAKANG / PINTU SISI

Data menunjukkan sekitar 22% pencuri masuk melalui pintu belakang dan Anda perlu meletakkan CCTV di sini. Kata lain nya, pasang CCTV di setiap pintu masuk. Juga upayakan untuk menempatkan kamera Anda jauh dari jangkauan tangan atau dengan meletakkan pelindung agar ia tidak mudah dicapai atau di baling batu/di penggal. Untuk CCTV outdoor anda perlu memilih CCTV yang tahan cuaca (weatherpoof camera) yang dilengkapi dengan infrared dan night vision.

✓ TINGKAP YANG TERSELINDUNG

Pencuri sering masuk rumah dengan membuka/memecah tingkap sisi atau belakang, kerana kebiasaannya tingkap sisi dan belakang agak tersembunyi dan sukar diperhatikan oleh jiran-jiran. Dengan memilih tingkap yang tidak kelihatan dari jalan akan memperkecil kemungkinan mereka terlihat dan memberi banyak waktu bagi mereka untuk menjalankan aktiviti mereka. Tempatkan kamera pada setiap area di rumah Anda yang terdapat tingkap yang tidak dapat dilihat dari jalan.

✓ HALAMAN BELAKANG / PAGAR BELAKANG

Halaman belakang rumah Anda juga perlu dipasang CCTV lengkap dengan Motion Sensor, Night Vision untuk melindungi rumah dan barang-barang Anda. Jika halaman belakang rumah Anda dipagari, pastikan kamera menghala terus ke pagar masuk tersebut.

✓ BASEMENT, SYILING DAN TANGGA

Banyak ruang bawah tanah/syiling dan tangga yang memiliki akses ke pintu atau tingkap kecil yang cukup besar untuk merangkak. Dengan menempatkan kamera di tangga yang menghala ke ruang bawah tanah maka anda dapat mmerakam aktiviti pencuri yang menyelinap masuk ke dalam rumah Anda melalui ruangan sempit seperti ini.

✓ GARAJ/PORCH/BALKONI

Pemasangan CCTV Kamera pada garaj harus mampu mengcover jalan masuk dan bahagian dalam garaj. Di balkoni juga perlukan CCTV kerana kebiasaannya rumah yang mempunyai balkoni depan dan belakang lebih memudahkan pencuri untuk masuk ke dalam rumah.


Nak dapatkan perlindungan terbaik kediaman anda, insyaallah wirelesscctv boleh bantu anda
2 Comments

PASANG CCTV DI RUMAH

12/9/2020

2 Comments

 
Pemasangan CCTV di rumah pada zaman sekarang sudah menjadi seperti satu keperluan, ramai yang mula mendapatkan kamera litar tertutup untuk mengawasi persekitaran daripada ancaman luar seperti pecah dan samun. Malah salah seorang 'customer' kami juga bertekad memasang cctv setelah kediamannya dipecah masuk.
​
Picture
Di Hafiz Security & Services, kami telah membuat pemasangan kepada lebih dari 100 buah kediaman, sama ada rumah teres, kondo, banglo sehingga ke perumahan awam.

Kami memastikan cctv yang dipasang mengikut piawaian yang betul dan kami berikan warranty sehingga 12 bulan.
Alhamdulillah, terdapat ramai di antara 'customer' kami yang 'repeat' pasang cctv di kediaman mereka. Anda boleh dapatkan sebut harga secara percuma di sini.

Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi terbaru kami, boleh juga terus ke laman facebook kami di sini.
2 Comments

    Author

    Admin Hss (Hafiz Security & Services)

    Archives

    January 2021
    December 2020
    May 2020
    February 2020
    March 2019

    Categories

    All

    RSS Feed

Site powered by Weebly. Managed by Domainplus.com.my
  • UTAMA
  • Blog
  • Gambar & Video
  • Testimoni
  • HUBUNGI KAMI